STATUS!
menunggu keputusan PMR keluar. muehehe ((:
MARIAH ▼

No Idea -----> RINDU NAK SEKOLAH!


ASSALAMUALAIKUM. 

Post baru berape 2 3 bijik, maklumlaa, aku baru nak berjinak jinak dengan blog. aku rase dah cukup kot aku edit blog aku. lawa ke tak, lengkap tak lengkap aku pon tak tahu. lame jugaklaa aku nak belajar buat blog sendiri ni. aku start buat blog sendiri bulan NOVEMBER. Dulu aku suke mintak tolong dengan orang, dengan suruh dorang buatkan blog untuk aku. HEHE, tapi kadang kadang aku rase dorang ade jugak bengang dengan aku. Btw, thanks untuk sape yang dah tolong aku. aku hargai, aku berterimakasih sangat ((: muah muah :*

21:15 malam 

aku tak tahu ape yang aku nak taip sekarang, tiada idea dan saraf otak aku sedang sedaye upaya untuk cepat berfikir. Duduk seorang seorang dengan tiada teman untuk, bosan betul -,- hati rase macam nak nyanyi kuat kuat tapi takut pulak mereka dalam rumah ni cakap aku gila pulak. Aku rase diri aku ni macam dah ade kat alam alien pon ade. Rambut kusut-masam seperti duyung ala ala nyonya. haha, hmm. Aku bosan aku bosan aku bosan.




Haaa, aku dapat idea *tinkk. Lihat gambar di atas, berbaju sekolah, nampak ayu*muehehe. Sebenarnya aku rindu nak sekolah, tak rindu pon kat sekolah. Lagi lagi aku dah lepas habis PMR. Lagi cepat lah aku cuti. Lihat laa muke sedih kat gambar atas aku nii. haha, dah nampak sangat -,- Time aku PMR rase macam nak bawak senduk gergasi biar dapat teman aku kat sebelah meje sebab nak jawab kertas. memang aku tak lupe waktu tuh. 

Time ujian percubaan PMR harituh, abah ade tolong aku mohon kan ke sekolah teknik. Aku mohon sekolah teknik kat perak (slimriver), tempat abang aku dulu. Aku memang nak sangat masuk teknik.  Harap harap aku dapat kat sane, harap harap keputusan aku banyak A, amin. Ade jugak kawan aku yang mohon teknik, tapi tak pasti dorang mohon kat mane. Kawan aku ramai nak pindah tahun depan. Aku harap aku pon dapat pindah.

Cuti sekolah ni aku lagi lah tak buat pape kat rumah. Dah tak lepak macam dulu. Dah tak skolah jumpe kawan kawan. Duduk rumah jalan jalan keluar masuk bilik, masuk dapur keluar balik. Tuh jela aktiviti aku. Aku ingat nak buat bisnes (cewahh, bunyi macam orang dah kerje) tapi,,,, tak tahu nak buat bisnes ape. Daripade start cuti, sampai sekarang taktahu nak buat bisnes ape. Duit tak masyuk laaa sebab cuti sekolah, kan kan? Lepastu keluar jalan jalan tangan kosong sebab takde duit. *kuang kuang kuang. 

Sudah cukup panjang lebar aku tulis. Penat je yang tinggal. selamat malam ((: